Pengurusan Latihan Industri

PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI (INDUSTRIAL TRAINING GUIDELINE)

Sila klik Garis Panduan LI Pelajar untuk maklumat lanjut: GP_Latihan_Industri_Pelajar_Edisi_2013

PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
(1)       Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran lain berhubung dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran itu, melainkan jika mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapat kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau ada alasan yang munasabah kerana tidak hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah, dengan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati Ketua Jabatan, sebab-sebab dia tidak hadir dan mendapat kelulusan secara bertulis mengenainya.
(2)       Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan atau arahan tempat di mana latihan itu dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan institusi.
(3)       Jika ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggah antara peraturan Institusi dengan peraturan tempat di mana latihan dijalankan, maka peraturan institusi hendaklah dipakai.

DISIPLIN & TATATERTIB
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk sentiasa menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan berkelakuan yang melambangkan seorang pelajar Politeknik samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan.

PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Pelajar diwajibkan mendaftar kursus LI satu semester lebih awal sebelum menjalani LI. Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) pada atau sebelum minggu ke-4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani LI.

Syarat Kelayakan LI:

  1. Telah mendaftar kursus LI (AT401).
  2. Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
  3. Memperolehi jumlah jam kredit yang ditetapkan dengan merujuk Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian.
  4. Dilindungi insurans.
  5. Telah menduduki dan lulus kursus-kursus prasyarat yang ditetapkan.
  6. Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh politeknik.
  7. Bagi kursus LISA, pelajar perlu lulus semua kursus yang diambil seperti disyaratkan dalam struktur program berkenaan dengan mendapat HPNM 2.0 dan ke atas.

PERSEDIAAN SEBELUM LI

  • Menghadiri taklimat pengenalan LI (Taklimat Awal LI).
  • Membuat permohonan tempat LI (melalui senarai yang terdapat di UPLI ATAU memohon sendiri ke organisasi yang dipilih.
  • Menghadiri taklimat persediaan LI (Taklimat Akhir LI).
  • Mendapat surat lapor diri penempatan LI.

 

 

PERINGATAN:

Pelajar TIDAK dibenarkan memohon lebih daripada satu tempat latihan pada satu-satu masa. Pelajar yang mendapat tawaran lebih dari satu organisasi latihan dikehendaki membuat pembatalan secara rasmi kepada organisasi terlibat setelah mendapat persetujuan dari UPLI.

KEPERLUAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

  • Melapor diri di organisasi latihan.
  • Membuat pengesahan lapor diri dengan menghantar PENGESAHAN LAPOR DIRI & MAKLUMAT PENEMPATAN PELAJAR serta PELAN LOKASI  yang disahkan secara dalam talian melalui iPUO.
  • Sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat latihan, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan Kad Pertukaran Alamat dan menghantar kad tersebut kepada UPLI dengan kadar segera.

PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI
Selepas menjalani latihan industri bermaksud pelajar telah tamat latihan industri di organisasi dan sedang meneruskan pengajian pada semester berikutnya di Politeknik.

Pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri tanpa sebarang masalah disiplin dibenarkan meneruskan pengajian mereka ke tahap berikutnya. Walau bagaimanapun keputusan sebenar latihan industri akan dikeluarkan selepas proses penilaian dijalankan.
Pelajar yang telah tamat menjalani latihan dikehendaki hadir ke politeknik untuk pengesahan tamat latihan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Semasa pendaftaran tersebut, pelajar dikehendaki mengemukakan perkara berikut:

  • Laporan Akhir Latihan Industri.
  • Buku Laporan Harian.
  • Jurnal Refleksi.
  • Borang Penilaian Prestasi (Practical task & Reflective Journal form).
  • Surat Pengesahan Tamat LI.

Kesemua dokumen tersebut perlu dihantar tanpa sebarang pemalsuan.
Pelajar dikehendaki menghadiri sesi pembentangan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Kegagalan mematuhi peraturan di atas, pelajar boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

 

  • Amaran ATAU
  • Didenda tidak melebihi RM 500.00 ATAU
  • Dipotong markah tidak melebihi 50% ATAU
  • Kedua-dua (b) dan (c) ATAU
  • Mengulang latihan industri ATAU
  • Diberhentikan pengajian.

RAYUAN KE ATAS TINDAKAN
Pelajar berhak mengemukakan rayuan terhadap tindakan yang dikenakan. Rayuan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Politeknik dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tindakan dikeluarkan.

PERLINDUNGAN INSURAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Semua pelajar DIWAJIBKAN mendapatkan perlindungan insurans kemalangan semasa menjalani latihan industri. Pihak politeknik tidak akan menanggung sebarang pampasan/gantirugi jika berlaku kemalangan samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan.  Semua pelajar di dalam kampus dan sedang menjalani latihan adalah dilindungi oleh Insuran Berkelompok yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Ungku Omar.
Di mana pelajar hanya dibenarkan menggunakan kemudahan klinik dan hospital kerajaan sahaja.  Jika berlaku kemalangan semasa latihan, pelajar atau wakil pelajar dikehendaki menghubungi UPLI dan JHEP dengan segera.
Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalani latihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s