Pengesahan Lapor Diri di Organisasi secara dalam talian melalui iPUO

Pelajar-pelajar PUO LI Sesi DISEMBER 2013 (tempoh LI: 02 Disember 2013 – 18 April 2014):

Maklumat 1 : Cetakan Surat Lapor Diri

Pelajar-pelajar perlu mencetak sendiri SURAT LAPOR DIRI untuk dibawa semasa melapor diri di organisasi latihan di samping dokumen keperluan yang diperlukan bagi tujuan lapor diri. (Sila rujuk Garis Panduan, surat tawaran firma, surat lapor diri serta dokumen keperluan yang berkaitan).

Cetakan Surat Lapor Diri dibuka dua (2) minggu sebelum tarikh lapor diri ke organisasi latihan.

Maklumat 2 : Cetakan & Penghantaran Kad Pengesahan Lapor Diri melalui iPUO

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar LI DISEMBER 2013, kad pengesahan lapor diri dan maklumat penempatan perlu dicetak sendiri seterusnya membuat lakaran pelan ke organisasi latihan serta mendapatkan pengesahan organisasi latihan.

Kad pengesahan (cetakan dari iPUO) yang telah disahkan (serta mempunyai lakaran pelan ke organisasi latihan) perlu dihantar secara dalam talian melalui iPUO. Tempoh pengesahan/penghantaran lapor diri dan maklumat penempatan adalah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lapor diri.  (Sila rujuk Panduan Cetak & Muat Naik Pengesahan Lapor Diri di Organisasi Latihan)

Panduan Cetak & Muat Naik Pengesahan Lapor Diri di Organisasi Latihan

*Kad pengesahan lapor diri yang terdapat dalam buku laporan harian pelajar TIDAK PERLU dihantar sebaliknya disimpan untuk rekod pelajar.

Maklumat 3 : Peringatan / Amaran

Diingatkan tempoh CETAK SURAT LAPOR DIRI dibuka dua (2) minggu sebelum tarikh lapor diri.

Diingatkan penghantaran Kad Pengesahan Lapor & Maklumat Penempatan (cetakan iPUO) secara dalam talian melalui iPUO adalah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lapor diri.

DENDA lewat akan dikenakan jika melebih tempoh yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar diingatkan supaya MEMUAT NAIK dokumen yang berkaitan sahaja (Pengesahan Lapor Diri yang disahkan).  Sekiranya didapati pelajar MEMUAT NAIK dokumen yang tidak berkaitan, tindakan tatatertib akan dikenakan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Unit Perhubungan & Latihan Industri
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5457622 ext 1158
Faks: 05-5425509
Email: upli@puo.edu.my

About uplipuo

Unit Perhubungan & Latihan Industri Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment