Maklumat Umum

MAKLUMAT UMUM

SESI LATIHAN SEMASA : DISEMBER 2013

TEMPOH LATIHAN:    02 DISEMBER 2013 – 18 APRIL  2014 [20 MINGGU]

TEMPOH LATIHAN:    JKP  (02 DISEMBER 2013 – 07 FEBRUARI 2014) [10 MINGGU]

SESI BERIKUTNYA : JUN 2014

TEMPOH LATIHAN:    23 JUN 2014 – 07 NOVEMBER 2014 [20 MINGGU]

TEMPOH LATIHAN:    JKP  (23 JUN 2014 – 29 OGOS 2014) [10 MINGGU]

PENGENALAN

Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.  Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik.

Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama lima bulan (20 minggu) bagi semua program, kecuali program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) yang tempohnya hanyalah tiga bulan (10 minggu) yang akan diikuti oleh Latihan Laut selama enam (6) bulan. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) atau membuat permohonan sendiri.  Tempat latihan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan bidang (program) yang dipelajari di Politeknik.

Panduan lengkap berkaitan dengan Latihan Industri dinyatakan di dalam  Garis Panduan Latihan Industri yang dikeluarkan oleh Sektor Pengurusan Politeknik, JPPKK.

OBJEKTIF

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar:

a)  Membina personaliti individu. b)  Berkomunikasi dengan berkesan. c)  Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. d)  Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. e)  Menghasilkan laporan latihan industri.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Pengurusan penempatan pelajar di industri yang berkaitan dengan bidang program yang diikuti.  Mengendalikan penempatan pelajar dari 6 jabatan utama iaitu;

  • Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
  • Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP)
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)
  • Jabatan Perdagangan (JP)

2. Menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dalam meningkatkan hubungan di antara institusi dengan pihak luar.

3. Sebagai kiosk maklumat di antara institusi dan industri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s